Monday, January 30, 2017

Cuti Tahun Baru Cina

School holidays are coming. Anak-anak cuti enam hari. Seperti cuti-cuti sebelum ini, jemputan kenduri kahwin pasti ada. Saya telah masukkan dalam 'planner' senarai jemputan. 2 lokasi berbeza. Rawang dan Chenderong Balai, Perak.

Terdetik di hati malas tidak sanggup untuk meredah traffic jam sempena cuti panjang begini. Biar anak-anak di rumah siapkan kerja sekolah dan fokus belajar. I don't want to get stuck in a traffic jam.

Pada masa yang sama, terasa kasihan pada mereka. Masa sangat pantas berlalu. Apa salahnya sehari daripada 6 hari cuti yang ada ini digunakan untuk membawa mereka keluar 'bermasyarakat'. Memenuhi tuntutan Islam agar meraikan setiap jemputan yang diterima.

No comments:

Post a Comment